RESEPI

RESEPI MASAKAN

Black pepper steak (Johor)

Bahan-bahan ( 1 orang )
*1 keping daging kambing
* 2 ulas bawang putih - ditumbuk
* serbuk lada hitam
* 3 s/b sos cili
* 2 s/b sos tomato
* sedikit kicap
* 1 biji kentang sederhana besar
* 1 s/k mentega/marjerin
* 5 s/b susu segar

Cara-cara
1. peram daging dengan bawang putih dan serbuk lada hitam. paling  kurang 30 min.
2. masukkan dlm kuali dan tutup. masak hingga daging lembut.
3. ketepikan daging yang dah siap. lapkan kesan minyak dalam kuali.
4. [untuk sos] masukkan sos cili, sos tomato, sedikit kicap dan serbuk lada hitam dalam kuali tadi. kacau   sedikit dan tutup api. (kalau nak cair tambah air pun boleh)
5. [untuk mashed potato] kentang yang dah direbus lembut, dilenyekkan. masak dalam periuk bersama  mentega dan susu. (nak lembik lagi tambah susu pun takpe.)
6. tuang sos atas daging dan letakkan mashed potato yang telah siap. sedap dimakan bersama dengan sayur rebus.


Daging Kambing Masak Lada Hitam

Bahan-bahannya :

250g daging kambing
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 ulas cili hijau
1 batang serai
1 helai daun limau purut
Kicap manis
Sos tiram
2 sudu lada hitam kisar
Bawang besar - dipotong bulat
Daun bawang dan tomato - untuk hiasan

Cara-caranya :

Kisar bawang merah,bwg putih dan halia.
Tumiskan bhn kisar hingga naik bau.
Masukkan daging, Kacau sedikit dan tunggu daging lembut.
Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau lagi hingga pekat. Tambahkan sedikit air untuk kuah.
Masukkan serai dan daun limau purut. Masukkan lada hitam.
Akhir sekali, masukkan bawang besar.
Setelah masak, hiaskan dgn tomato dan daun bawang.


Masak Tempoyak Kepala Ikan Tongsan

Bahan-bahannya

6 potongan kepala ikan tongsan besar
1 ikat daun kesom
4 kuntum bunga kantan~ setiap kuntum dibelah 2
1 helai daun kunyit~diracik
3 keping asam keping
Bancuhan tepung gandum/air beras
Air secukupnya
Garam secukup rasa
6 biji cili api

Bahan Kisar
Segenggam cili api kampung( nak pedas boleh tambah)
6 ulas bawang merah
2 inci kunyit hidup

Cara membuatnya

1. Rendam kepala ikan( yang telah dibersihkan ) di dalam air bancuhan tepung gandum bersama 4 keping asam keping. (tujuannya untuk menghilangkan hanyir ikan) selama 1 jam atau lebih, bersih dan toskan.

2. Di dalam periuk, gaulkan kepala ikan dengan bahan kisar, asam keping dan sedikit air, tutup periuk dan masak sehingga isi ikan bertukar putih.

3. Masukkan air secukupnya dan masak sehingga mendidih.

4. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan daun kunyit dan renehkan selama 10 minit

5. Masukkan tempoyak yang telah dihancurkan dengan sedikit air terlebih dahulu dan cili api. Biarkan seketika.

6. Rasai garamnya dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Pajeri Terung

Bahan- Bahannya :

3 biji terung panjang sederhana besar
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang merah - di tumbuk
1 ulas bawang putih-di tumbuk
1 cm halia - di mayang
Sedikit udang kering - ditumbuk
2 bungkus kecil serbuk kari daging (dibancuh dgn air)
1 ½-2 sudu besar kerisik (kerisik Yee Agro Farm)
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara membuatnya :

Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.

Setelah itu masukkan serbuk kari, kacau hingga mendidih (pecah minyak) dan wangi. Kacau selalu untuk elakkan bahan hangus.

Masukkan udang kering, kerisik dan terung. masak sehingga lembut.

Kemudian masukkan garam dan gula. Masak sehingga kuah pekat. Selepas itu bolehlah di hidangkan.

Nota : Jika menggunakan kerisik selain buatan Yee Agro Farm perlu masukkan santan (RM2) selepas terung lembut.


PAJERI NENAS
bahan-bahannya

1 biji buah nenas (siap direbus)
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang merah - di tumbuk
1 ulas bawang putih-di tumbuk
1 cm halia - di mayang
Sedikit udang kering - ditumbuk
2 bungkus kecil serbuk kari daging (dibancuh dgn air)
1 ½-2 sudu besar kerisik (kerisik Yee Agro Farm)
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara membuatnya :

Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.

Setelah itu masukkan serbuk kari, kacau hingga mendidih (pecah minyak) dan wangi. Kacau selalu untuk elakkan bahan hangus.

Masukkan udang kering, kerisik dan nenas. masak sehingga lembut.

Kemudian masukkan garam dan gula. Masak sehingga kuah pekat. Selepas itu bolehlah di hidangkan.

Nota : Jika menggunakan kerisik selain buatan Yee Agro Farm perlu masukkan santan (RM2) selepas terung lembut.



RENDANG AYAM KAMPUNG

Bahan-bahan:
1. Cili api
2. Serai
3. Daun kunyit
4. Bawang besar
5. Halia
6. Bawang Putih
7. Lengkuas
8.Ayam kampung

Cara Penyediaan:
• Daun kunyit hendaklah dihiris dengan halus
• Lengkuas ditumbuk sehingga lumat
• Serai ditumbuk sehingga lumat
• Kerisik Kelapa
• Halia, bawang putih, dan bawang besar dikisar sehingga halus
• Cili api dikisar sehingga halus
• Ayam tadi direbus dengan kunyit dan asam keping
• Rebus sehingga airnya kering
• Kemudian letakkan kesemua bahan diatas dan digaul sehingga kering
• Pastikan ayam didalam rendang hendaklah empuk sebelum dihidangkan

Resepi rendang ayam kampung kita sedia untuk dihidangkan. Rendang ayam resepi kampung jika dimakan dengan lemang pun sedap.

Kambing Panggang
Bahan-bahan

1. Kambing
2. Madu
3. Serbuk Cili
4. Serbuk Jintan Manis
5. Serbuk Jintan Putih
6. Serbuk Kari
7. Garam
8. Serbuk Lada Hitam (Black Pepper)
9. Herba Campuran (Mixed Herbs)

Lain-lain
1. Aluminium Foil
2. Arang

Cara Penyediaan
Lumur kesemua bahan tadi dan bungkus menggunakan aluminium foil dan selepas itu diletak didalam peti sejuk (bukan freezer) selama 24 jam

Selepas itu panggang selama 4 jam (2 jam sebelah atas dan 2 jam sebelah bawah.

Siap dan sedia dihidang.


Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin & Petai


BAHAN-BAHANNYA :-

1 ekor ikan patin sederhana besar
3 papan petai
2 helai daun kunyit, disiat2
6 camca besar tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
Santan (RM3)
Bahan Perasa (Ajinomoto)

BAHAN A
3 batang serai
35 biji cili padi*
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)


CARA MEMBUATNYA :-

Ikan patin disiang, cuci dan perap dengan garam dan jus limau nipis cuci bersih dan toskan. Petai dikupas dan asingkan dari kulitnya. Ketepikan.

1. Dalam periuk, masukkan Bahan A yang telah di blend. masukkan petai dan tempoyak, masak sehingga mendidih.

2. Tambah santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masukkan ikan patin dan daun kunyit. Kacau perlahan dan biar mendidih sekejap.

3. masukkan bahan perasa (ajinamoto), rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman..


Gulai Tempoyak Pucuk Ubi & Petai
Bahan-bahan :

Secekak pucuk ubi {dihiris}
2 helai daun kunyit
5 sudu besar tempoyak
4 keping petai
santan (RM2)
ikan bilis saiz kecil (sedikit)
garam dan gula

Bahan A (di Kisar)
3 batang serai

5 biji bawang merah
15 biji cili padi
1 cm kunyit hidup

Cara-cara :
1. Masukkan Bahan A, tempoyak, santan, ikan bilis, petai dan pucuk ubi (telah direbus) ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana
2. Masukkan daun kunyit. Kacau perlahan
3. Perasakan dengan garam dan gula
4. Siap untuk dihidangkan

Ayam Kampung Masak Lemak Tempoyak
Bahan-Bahan

1 ekor ayam - dipotong 18
2 helai daun kunyit - disimpul
3 senduk tempoyak
2 biji cili besar (dihiris)
2 biji tomato (dibelah 4)
Santan (1/2 kg)
air (1/2 cawan)
sedikit garam
sedikit gula

Bahan A ( Dikisar)
30 cili padi ditumbuk

1 1/2inci kunyit hidup - ditumbuk
3 batang Serai
4 biji Bawang Merah
2 biji Bawang Putih
Cara Memasak
1. Masukkan Bahan, tempoyak  dan air ke dalam periuk. tunggu sehingga mendidih.
2. Masukkan ayam dan santan.
3. Masukkan daun kunyit, tomato, cili besar, garam dan gula.
5. Bila ayam sudah masak bolehlah dihidangkan


Kari Kambing

Bahan-bahannya:

500 gram Daging kambing
1/3 kg Santan
4 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
1/2 cm halia
2 paket kecil Kari Daging Baba's
Sedikit serbuk cili
2 biji kentang saiz kecil (belah 4)
2 biji terung bulat (belah 4)
3 biji cili hijau
1 btg kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
Minyak utk menumis

Cara Penyediaan:
Kisar bwg merah,putih dan halia.

Panaskan minyak. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga.Tumis bahan tersebut.Dah naik bau, masukkan bahan kisar bwg tadi. Tumis sehingga layu. Lepas tu masukkan serbuk kari daging dan serbuk cili.Kacau sehingga mengeluarkan (pecah) minyak.

Kemudian masukkan daging. Kacau sehingga daging separuh masak

Masukkan kentang dan santan.Masukkan terung setelah kentang separuh masak. Masak sehingga daging, kentang dan terung empuk.

masukkan cili hijau yg dipotong di hidangkan


Resepi Rendang Tok Perak
Bahan-Bahan:

1 ½ kg daging lembu (dipotong kiub 5 cm)
150 gm bawang kecil
120 gm bawang putih
150 gm halia (dikisar)
10 batang serai (dikisar halus)

Bahan-bahan kisar:
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
½ sudu kecil lada hitam
10 biji buah pelaga
10 biji bunga cengkih
5 cm kulit kayu manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
kerisik kelapa (semangkuk kecil)
2 biji kelapa (ambil santannya)
3 sudu kecil santan
2 sudu kecil gula
2 helai daun kunyit

Cara:

Perapkan daging bersama semua bahan-bahan kisar selama lebih kurang dua jam. Selepas itu bolehlah dimasak lebih kurang 2 hingga 2 1/2 jam sehingga kuah menjadi kering. Pastikan daging itu empuk dan lembut.


Tempoyak Udang Goreng

Bahan-Bahan:

Tempoyak
Udang basah (dikupas kulit)
Bawang Merah (diblend)
Bawang Putih (diblend)
Cili Giling
Sedikit air
Garam dan Gula secukup rasa
Cili besar

Cara Penyediaan:

Tumis bawang merah, bawang putih dan cili giling sehingga naik bau.

Masukkan udang basah. Gaul sehingga udang masak. Selepas itu masukkan tempoyak dan gaul sehingga rata. Masukkan sedikit air, garam dan gula.

Masukkan cili besar yang telah siap dipotong. Siap dihidang


Kambing Masak Hitam
Bahan-bahannya:
• 1kg daging kambing
• *1 sudu teh jintan manis
• *1 btg kulit kayu (ketuk sikit)
• *2 kuntum bunga cengkih (ketuk sikit)
• *5 kuntum bunga lawang
• *1 biji bwg besar
• *2cm halia
• *2 biji bwg putih
• 2 sudu besar cili giling/mesin
• Kicap pekat
• 2/3 sudu air asam jawa
• sedikit gula merah
• Garam & kunyit
• Daun Pudina (untuk hiasan)

Cara Penyediaan:

1. Potong daging kambing mengikut kesesuaian anda. Bersihkan.

2. Mesin/blendkan semua bahan bertanda (*). Gaulkan daging kambing tadi bersama dengan garam kunyit, bahan blend, cili mesin dan kicap. Perapkan selama 30 minit

3. Panaskan minyak untuk menumis (2/3 sudu). Tumis bahan perap tadi. Kacau rata kemudian tutup periuk sekejap.

4. Masukkan air asam jawa dan tambahkan air jika perlu untuk melembutkan daging tersebut. Bila daging dah lembut, masukkan gula merah. Masak sekejap. Siap untuk dimakan.

5. Campuran rempah2 tadi akan membantu menghilangkan 'bau' kambing bagi mereka yg tak suka bau kambing.