Wednesday, June 16, 2010

Monday, June 7, 2010

Pengenalan

Projek Ternakan Kambing dan Ayam Kampung

Yee Agro Farm adalah sebuah syarikat bumiputera (100%)yang bergiat dalam bidang penternakan dan pertanian.

Kami adalah pembekal:
Kambing Aglo Nubian
Kambing Boer (Kacukan)
Kambing Kampung
Ayam Kampung
Tempoyak (durian)

Kambing Aglo Nubian


Asal


Baka ini berasal dari England. Ianya hasil kacukan kambing betina Old English Milch Goat dengan kambing jantan Zariby dan Nubian.

Ciri - Ciri
• Mempunyai rangka badan yang agak besar
• Mempunyai telinga yang panjang dan hidung cembung (Roman Nosed)
• Mempunyai bulu badan yang pendek dengan berbagai variasi warna tetapi yang biasa ialah coklat    kemerahan dengan campuran warna hitam dan putih
• Mempunyai kaki yang panjang dan purata ketinggian badannya 80sm
• Dwiguna (daging dan susu) dengan penghasilan susu sehingga 2 liter sehari
• Tahap kesuburan yang tinggi
• Tahan lasak
• Daya tahan penyakit yang tinggi

Berat Lahir
Jantan : 3.5 kg (8 Ib)
Betina : 3.9 kg (9 Ib)

Berat Dewasa
Jantan : 70 – 85 kg (154 – 190 Ib)
Betina : 55 – 70 kg (120 – 154 Ib)

Umur Matang
Jantan : 9 bulan
Betina : 18 bulan

Jantan Betina Nisbah
1 Jantan : 20 – 30 betina

Tempoh Bunting
149 hari – 155 hari


Kambing Boer

Asal

Baka ini berasal dari sempadan Afrika Selatan. Mula berada di Malaysia sekitar tahun 2006.

Ciri - Ciri
• Baka tulen mempunyai badan yang bewarna putih dan kepala bewarna coklat
• Telinga yang agak panjang
• Jinak
• Tumbesaran yang cepat
• Daya keibuan yang tinggi dibandingkan dengan baka-baka kambing yang lain
• Tahap kesuburan yang tinggi
• Tahan lasak
• Daya tahan penyakit yang tinggi
• Sesuai dengan cuaca panas dan kering

Berat Badan
Jantan : 110 – 135 kg (240 – 300 Ib)
Betina : 90 – 100 kg (200 – 220 Ib)

Umur Matang
Jantan : 9 bulan
Betina : 18 bulan

Jantan Betina Nisbah
1 Jantan : 20 – 30 betina

Tempoh Bunting
149 hari – 155 hari